Luluh hati isteri lihat suami di baham ‘pak belang’ di Gerik

Luluh hati seorang isteri menyaksikan suaminya diserang dan dilarikan harimau sebelum jasad ditemui tidak bernyawa dalam kejadian di kawasan hutan dekat Bersia semalam.

Seorang wanita menyaksikan suaminya maut dibaham harimau, dalam kejadian di rumah kongsi berdekatan kawasan hutan dekat Bersia, Gerik.

Mangsa berusia 54 tahun itu diserang haiwan pemangsa itu sekitar 6 pagi ketika keluar ke tandas.

Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris, berkata mayat mangsa dijumpai dalam keadaan parah pada kaki kiri dan leher kira-kira 12 tengah hari kira-kira 100m dari rumah kongsi.

Beliau berkata, maklumat kejadian serangan harimau yang berlaku di KM79.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, itu diterima oleh pusat kawalan IPD Gerik, kira-kira 8.25 pagi semalam.

“Seorang lelaki tempatan telah dibaham harimau ketika hendak ke tandas di rumah kongsi Bagan Balak di KM79.2 JRTB Gerik-Jeli dengan perkara itu disaksikan seorang wanita warganegara Thailand yang juga isteri mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku antara 5 hingga 6 pagi, yang mana semasa mangsa sedang ke tandas, pengadu (isterinya) terdengar bunyi harimau mengaum dan membuka pintu rumah kongsi mereka sebelum melihat seekor harimau mengheret mangsa ke arah semak, katanya menurut Berita Harian.

Azizi berkata, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dengan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik bagi proses bedah siasat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*