Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan bapa mereka menemui ajal selepas dilanggar pemandu dipercayai mabuk dalam kejadian di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang, di sini awal pagi tadi.
Muhammad Ikmal Danish Abdullah, 15, berkata, bapanya, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan ibunya, Linda Mohd. A. Aziz, 35, sempat berpesan menjaga adik-adik sehari sebelum mereka dijemput Ilahi.
Anak kedua itu berkata, dia tidak menyangka pesanan itu merupakan petanda bahawa ibu bapanya meninggalkan mereka lima beradik buat selamanya.
“Beberapa hari sebelum ini, ayah dan mak bagi amanah kepada saya jangan berpisah dengan adik-beradik walau jadi apa-apa pun jangan pisah. Jaga adik-adik,” katanya ditemui di rumahnya di Flat Taman Cendana, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4 pagi tadi itu, pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk.
Mengulas lanjut, Muhammad Ikmal Danish, ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Johor Bahru selalu majikan beri makanan untuk sedekahkan kepada jiran-jiran kami.
“Jiran ada beritahu saya kali terakhir ibu hantar makanan, ibu pakai tudung, baju dan seluar semua serba putih,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply