Lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak

Seorang penyelia kedai runcit maut ditetak oleh pekerjanya dalam kejadian di Seksyen 7, Shah Alam, Jumaat lepas, dipercayai kerana lewat membayar gaji tiga bulan.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pertengkaran kerana suspek tidak berpuas hati tidak dibayar gaji lebih RM2,000 yang patut diterimanya pada 10 Feb lepas.

“Suspek kemudian dipercayai menetak mangsa beberapa kali menggunakan pisau pemotong daging mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, polis telah menahan lima suspek, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, termasuk suspek utama untuk siasatan lanjut yang masih berjalan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan seorang lelaki berusia berusia 45 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pagi Jumaat lepas.

Susulan pemeriksaan oleh pegawai perubatan, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian kepala, badan dan tangan, dipercayai akibat diserang menggunakan objek tajam.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*