Lesen terbang : 4 penguat kuasa terima rasuah RM300,000 ditahan SPRM

SPRM Sabah menahan empat anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon mengambil lesen memandu.

Menurut sumber SPRM kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul empat petang hari ini ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu.

Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2021 dan 2022 serta disyaki menerima rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen pemandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu atau dikenali ‘lesen terbang’.

Turut baca :  Hanya rasa dividen pelaburan tiga bulan pertama, suami isteri rugi lebih RM1.3 juta

Modus operandinya, anggota penguat kuasa terlibat meminta dan menerima rasuah daripada orang tengah antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu, menurut sumber itu.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*