Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud ‘Out of Service’ di mesin ATM

Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud ‘Out of Service’ di mesin ATM. Drama bersiri premium terbitan Astro Originals, One Cent Thief telah pun ditayangkan sejak 8 Oktober lalu.

Boleh dikatakan drama ini berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dan ternanti-nanti episod seterusnya.

Malah secara jujurnya ada penonton yang mengagumi perubahan drama tempatan ini selepas menonton episod pertama.

Ratanya mengatakan One Cent Thief ini bukan hanya sekadar drama sebaliknya memberikan info berguna kepada pelanggan bank.

Antara komen yang diberi penonton:

“First time aku rasa best drama Melayu genre crime thriller One Cent Thief ni. Sangat menarik terutamanya bila part dia buat coding untuk curi satu sen. Korang patut tengok. Highly recommended,” tulis beberapa netizen.

Ingin tahu apa yang berlaku dalam episod keempat? Sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.

One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers’ room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.

Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

Turut baca :

Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*