Satu insiden longkang runtuh telah berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi hingga menyebabkan lubang besar terbentuk.
Perkara itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan kejadian tersebut berlaku semalam, 26 Ogos.
Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos 2024 jam 10 malam.
Menerusi foto yang dikongsi di Facebook, longkang itu terletak di tepi jalan dan beberapa kenderaan dilihat diparkir bersebelahan longkang berkenaan. Lubang besar juga telah terbentuk disebabkan runtuhan tersebut.
Runtuhan itu dilihat tidak merebak sehingga ke jalan raya namun orang ramai dinasihati untuk berhati-hati dan elakkan menggunakan jalan tersebut jika boleh.
Kejadian itu sudah tentu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk sekitar memandangkan insiden tanah jerlus di Masjid India masih segar di ingatan apatah lagi mangsa yang terjatuh, Vijayaletchumy masih belum ditemui.
Turut baca :
Leave a Reply