Lelaki tunjuk ‘anu’ pada rakan sekerja undang padah

Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluan kepada rakan sekerja wanita mengundang padah apabila ditahan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 48 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan pada 12 Julai lalu.

Katanya, kejadian berlaku ketika suspek dan wanita terbabit berada di pejabat mereka di Plaza Putra Ampang, di sini.

“Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 pagi itu semasa wanita berusia 44 tahun itu berada di pejabat, suspek telah membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu hingga menyebabkan mangsa berasa takut dan panik.

“Mangsa kemudian melarikan diri ke kawasan parkir kereta sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Mohd Azam berkata, sejurus menahan suspek, pihak polis turut menjalankan ujian air kencing namun mendapati dia negatif dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*