Lelaki tunjuk ‘anu’ kepada budak 9 tahun tepi tali air diheret ke mahkamah

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun di tepi tali air Kampung Pinggir Tapang, dekat sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Irwan Ismail, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul dan amang seksual bukan fizikal iaitu menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah lori di Kampung Pinggir Tapang, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 Julai lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*