Lelaki sambut budak perempuan 2 tahun jatuh dari tingkat lima curi tumpuan

Lelaki berjaya sambut budak perempuan 2 tahun jatuh dari tingkat lima.  Seorang pejalan kaki di China berjaya menyambut kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah flat, lapor akhbar The Sun semalam.

Ketika kejadian, Shen Dong, 31, sedang meletakkan keretanya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah flat di Tongxiang, wilayah Zhejiang.

Dong mendengar bunyi dentuman kuat apabila mangsa mendarat di atas sebuah bumbung keluli.

Budak perempuan itu kemudian terumbang-ambing di tebing tingkat satu lalu jatuh. Akan tetapi, Dong berjaya menangkap kanak-kanak itu sebelum mangsa terhempas di atas jalan konkrit.

Rakaman kejadian dikeluarkan oleh polis tempatan di laman media sosial Weibo.

Kanak-kanak itu cedera pada kaki dan paru-parunya tetapi dia berada dalam keadaan stabil, lapor akhbar South China Morning Post.

Dong tergesa-gesa untuk menelefon perkhidmatan kecemasan apabila menyaksikan kejadian. Dia sebaliknya melempar telefonnya dan berjaya menangkap mangsa sebelum jatuh ke tanah.

“Sejujurnya, saya tidak ingat butirannya. Saya tidak ingat tangan sakit atau apa-apa. Ia hanya naluri untuk menangkapnya.

“Saya bertuah berjaya menyambutnya tepat pada masanya. Jika tidak saya akan berasa sangat teruk,” katanya.

Lelaki sambut budak perempuan 2 tahun jatuh dari tingkat lima curi tumpuan
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak perempuan disambut oleh seorang lelaki selepas jatuh dari tingkap lima sebuah flat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*