Lelaki rentung kereta terbakar

KUANTAN – Seorang lelaki rentvng dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di tempat letak kereta Jalan Putra Square di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa yang berumur 35 tahun ditemui terbakar kira-kira 80 peratus.

“Mayat mangsa masih berada di tempat duduk pemandu dengan kedudukan kerusi diturunkan dan kereta terbakar keseluruhan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada unsur jen@yah dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut,”katanya dalam satu kenyataan.

Wan Zahari berkata, mangsa yang merupakan pekerja am di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) menggunakan kereta milik rakannya dan siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*