Lelaki pukul, tarik tudung isteri hingga tercabut selepas merajuk tidak dibelikan gincu

Seorang lelaki di Indonesia mengundang kecaman ramai kerana memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut, selepas wanita itu merajuk tidak dibelikan gincu, lapor saluran berita Liputan 6 semalam.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @vhiras5 memaparkan wanita tersebut meminta suaminya membelikan gincu yang dijual di hadapan kaunter pembayaran sebuah kedai serbaneka.

Dia kemudian meninggalkan suaminya, seolah-olah ‘merajuk’ selepas permintaannya ditolak.

Berang dengan reaksi itu, si suami selamba memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut di khalayak ramai.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih satu juta tontonan dengan rata-rata netizen berang melihat perbuatan tersebut. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*