Lelaki maut ditembak dalam konflik cinta 3 segi

SEORANG pemuda berusia 38 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak seorang lelaki.

Menurut laporan, insiden yang berlaku berhampiran Balai Polis Katu, Phuket, Thailand itu berpunca daripada cinta tiga segi melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.

Berdasarkan rakaman CCTV, sekitar pukul 11.40 pagi Ahad, dua lelaki dan seorang wanita bertemu dipercayai untuk menyelesaikan kemelut cinta antara mereka bertiga namun bertukar menjadi pertengkaran.

Menerusi rakaman itu, suspek berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Thitipong dilihat merampas beg milik mangsa, Suwit Nokkate, 38, yang dipercayai mengandungi pistol.

Dalam kejadian itu, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali ke arah mangsa yang cuba melarikan diri ke balai polis berhampiran.

Mangsa, yang merupakan kekasih kepada wanita itu bagaimanapun dilanggar kereta dan rebah di luar balai polis.

Wanita yang menjadi punca pertelingkahan dilihat merayu kepada suspek supaya menghentikan serangan, namun suspek sempat melarikan diri sebelum ditahan oleh pihak polis.

Suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 288 Undang-undang Jenayah kerana pembunuhan dengan sengaja – Agensi

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*