Lelaki hilang ketika tangkap ikan ditemukan tanpa kaki, tangan

SEORANG lelaki yang dikhuatiri lemas dan hilang selepas keluar memasang bubu ikan di Sungai Annau, Tatau yang terletak kira-kira 80 kilometer(km) dari Bintulu, Sarawak pada Rabu ditemukan tidak bernyawa pada pukul 1.41 tengah hari Sabtu.

Jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, berdasarkan maklumat anak saudara mangsa, mayat Nicholas Daniel, 48, dijumpai kira-kira 7km dari tempat botnya ditemui pada hari dia dilaporkan hilang.

“Mayat yang ditemui tanpa kaki dan tangan itu diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Lelaki hilang ketika tangkap ikan ditemukan tanpa kaki, tangan
Antara anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari mangsa.

Menurut jurucakap bomba, mangsa dilaporkan keluar memasang bubu ikan di Sungai Annau, Tatau dengan menaiki bot kira-kira pada pukul 5 petang Rabu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dikatakan hilang selepas seorang saksi menemui bot terbabit pada hari sama tanpa sebarang kelibat mangsa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*