Lelaki ‘durjana’ cabul kanak-kanak dua tahun ditahan polis

Lelaki ‘durjana’ cabul kanak-kanak dua tahun ditahan polis. Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam kejadian Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan polis di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang senalam.

Beliau berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati, doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Lelaki 'durjana' cabul kanak-kanak dua tahun ditahan polis
Wan Kamarul Azran Wan Yusof

Wan Kamarul Azran berkata, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Putrajaya pada Selasa lalu di Balai Polis Dengkil berhuhung kejadian itu.

“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu.

“Kami sudah mengambil keterangan ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya dan kanak-kanak itu mendedahkan dia dicabul suami pengasuh,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video di laman sosial memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul seorang lelaki ketika berada di taska.

Isu itu kemudian di dedahkan usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang turut mengesahkan insiden itu membabitkan anak seorang ejen produknya.

Hafiz memaklumkan, kanak-kanak itu seakan trauma sehingga enggan pulang ke rumah kerana bimbang dibawa ke taska itu semula.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*