Lelaki ditemui rentung atas katil selepas flat hangus dijilat api

Seorang lelaki ditemui rentung di atas katil selepas kediamannya yang terletak di tingkat empat, Apartmen Lestari hangus dijilat api, di sini semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, kebakaran membabitkan sebuah bilik di rumah flat tersebut dan menyebabkan kemusnahan sekitar 50 peratus.

“Kami telah menerima panggilan pada pukul 8.58 malam tadi. Susulan panggilan tersebut, pihak bomba telah menghantar Pasukan Keluaran Operasi (PKO) seramai 18 anggota ke lokasi kejadian.

“Pada pukul 9.30 malam, komander operasi melaporkan telah menemui mangsa, seorang lelaki berbangsa Cina berusia 40an rentung di atas katil di dalam bilik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sekitar pukul 9.23 malam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*