Lelaki ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Seorang lelaki ditembak mati dan trak pikapnya dibakar oleh dua suspek pemisah di daerah Panareh dalam wilayah Pattani Ahad semalam.

Laman berita Thai PBS World melaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai ‘Nafee’ dan isterinya dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak-anak mereka ke sekolah di mukim Por Ming apabila sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri di sebelah pemandu.

Pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Nafee yang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Ketika sedang nazak, Nafee terus memandu pikapnya sebelum ia berhenti di tengah jalan.

Lelaki bersenjata itu menghampiri kenderaan mangsa dan memaksa isteri beredar.

Penyerang kemudian mencurahkan minyak tanah dan membakar trak itu bersama mangsa di dalamnya.

Motif pembunuhan masih disiasat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*