Lelaki dicekup selepas pecahkan pasu depan Istana Arau rupanya…

Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecahkan pasu bunga di hadapan Istana Arau, di sini semalam.

Bercakap kepada Kosmo!, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek berusia 42 tahun yang merupakan warga tempatan ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau dan Balai Polis Arau.

“Suspek mengaku telah memecahkan pasu bunga di hadapan Istana Arau ketika soal siasat dilakukan dan dia ditahan sejurus perkara tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa

“Polis turut turut merampas sehelai baju dan sehelai seluar jeans,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 324 dan Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan lanjut,” katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang lelaki menolak jatuh dan merosakkan pasu bunga yang menghiasi landskap bahu jalan sekitar Istana Arau.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*