Lelaki bunuh isteri, bayi direman tujuh hari

Lelaki bunuh isteri, bayi direman tujuh hari.

Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 Julai nanti.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan polis, pagi ini.

SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 9 pagi dengan dikawal ketat polis.

Turut baca

Semalam, suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal dilaporkan berjaya ditahan polis selepas gambar dan videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial sejak tengah hari semalam.

Dia disyaki membunuh isterinya berusia 26 tahun dan anak lelakinya berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian dua beranak itu pada 12.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari dan kita bertindak atas maklumat sebelum berjaya membuat tangkapan ke atas suspek.

“Pada 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan suspek di kawasan Permas Jaya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, di sini, pagi ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*