Lelaki berperangai binatang rogol budak 8 tahun ditahan

Lelaki berperangai binatang rogol budak 8 tahun ditahan. Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai merogol kanak-kanak berusia lapan tahun dalam kejadian di Pekan Semporna pada Khamis lalu.

Suspek berusia 40 tahun ditahan di sebuah kampung di daerah ini kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat selepas laporan polis dibuat oleh seorang pengadu yang juga ibu saudara mangsa.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kira-kira jam 12 tengah malam Jumaat.

“Pengadu mengatakan bahawa kira-kira jam 8.30 malam anak saudaranya telah dibawa oleh seorang lelaki dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ke tempat yang tidak diketahui.

“Kira-kira sejam kemudian, anak saudaranya telah ditemui dalam keadaan yang lemah di belakang sebuah pasar raya dan mangsa memaklumkan bahawa dia dirogol oleh suspek yang menghantarnya di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, susulan daripada itu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan seterusnya dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat juga polis berjaya menahan suspek warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor dan suspek direman sehingga 27 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*