Lelaki ‘bernafsu kuda’ cabul wanita sedang berjalan diberkas

Lelaki ‘bernafsu kuda’ cabul wanita sedang berjalan diberkas. Seorang lelaki diberkas sepasukan polis selepas disyaki mencabul seorang wanita yang sedang berjalan di Sea Park, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan pada pukul 10.15 malam di Ara Damansara, di sini.

“Hasil siasatan mendapati suspek dikehendaki polis bersabit dua kes iaitu di Wangsa Maju dan Kelana Jaya,” katanya.

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Rabu lalu, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki pada pukul 7.09 malam.

Suspek bertindak memeluk mangsa dari arah belakang dengan berpakaian dan bertopi warna hitam serta memakai pelitup muka sebelum melarikan diri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*