Lelaki bernafsu binatang rogol anak tiri berusia 12 tahun

Seorang lelaki dari Banyuwangi di Jawa Timur didakwa merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun sejak tahun 2020 lagi.

Lelaki tersebut dipercayai melakukan tindakan terkutuk itu beberapa kali dalam tempoh tiga tahun ini.

Lapor Kompas.com, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Banyuwangi, Agus Sobarnapraja berkata, mangsa tinggal bersama bapa tirinya selepas suspek berkahwin pada 2016.

“Suspek berkahwin dengan ibu mangsa pada 2016 dan tinggal bersama mereka,” katanya.

Menurut Agus, mangsa sedang belajar di sebuah sekolah agama yang terletak di wilayah Situbondo.

Jelasnya, suspek kerap melawat mangsa yang sedang belajar di sekolah tersebut selain turut memberi wang saku kepadanya.

“Kejadian pertama berlaku apabila mangsa bermalam di rumah salah seorang saudaranya dan disebabkan sudah lewat malam, suspek juga tinggal bersama.

“Ketika mangsa sedang tidur, suspek secara tiba-tiba masuk ke bilik dan berlaku kejadian rogol pertama,” katanya.

Menurut Agus, mangsa mendakwa pernah diugut bapa tirinya untuk tidak memberikan wang saku sekiranya perkara itu didedahkan.

“Disebabkan takut, mangsa hanya berdiam diri,” katanya.

Sementara itu, Agus berkata, kejadian rogol kedua pula berlaku di kediaman keluarga mangsa selepas pulang daripada sekolah agama sekitar September 2022.

Katanya, akibat tertekan akhirnya mangsa memaklumkan kejadian menimpa dirinya pada abang kandungnya.

“Dari situ, ayah tiri mangsa akhirnya ditahan polis pada 24 Januari lalu dan suspek menerusi keterangannya mengakui merogol remaja tersebut,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*