Tindakan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya masuk ke dalam pejabat imigresen di Kompleks PKNS Shah Alam beberapa hari lalu mengundang kecaman pengguna media sosial.
Menerusi sebuah hantaran di aplikasi TikTok, lelaki itu didakwa berdebat dengan sekumpulan pengawal keselamatan di hadapan premis tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia kelihatan berlari ke luar dan mengambil seekor anjing yang sedang berada di kaki lima dan membawa masuk ia ke dalam kompleks terbabit.
Hantaran tersebut mengundang rasa tidak puas hati pengguna media sosial yang menganggap kelakukan lelaki terbabit sebagai kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.
“Walaupun saya memiliki tiga anjing kesayangan, saya percaya membawa binatang peliharaan di tempat awam mungkin menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali anjing peliharaan yang boleh mendatangkan ketegangan,” ujar Sima.
“Kenapa lah degil sangat? Jangan lah ikut kepala sendiri, nanti susah orang lain pun ikut kepala sendiri. Kamu pun susah nanti. Aku bela lembu sebagai haiwan peliharaan, kau nak ke aku bawa lembu masuk pejabat kerajaan?,” komen Aji.
“Kesian anjing tu. Pemilik yang bermasalah. Anjing tidak salah. Pengawal pun tak salah kerana mengambil tindakan sebab ini kan tempat awam,” tulis Guru.
Turut baca :
Leave a Reply