Pergaduhan luar kawalan di sebuah gerai buah durian membawa kepada penahanan seorang lelaki selepas dia mengeluarkan sepucuk pistol dan melakukan ancaman dalam kejadian di wilayah Samut Prakan, lapor portal berita Thaiger semalam.
Insiden dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu berlaku sekitar pukul 7.10 malam (waktu tempatan) pada Rabu lalu.
Lelaki hanya dikenali sebagai Tao itu menghampiri gerai berkenaan selepas bertengkar dengan seorang peniaga wanita di seberang jalan.
Dia ditahan polis pukul 7.30 malam kelmarin dan walaupun telah meminta maaf.
Suspek berdepan pertuduhan membuat ancaman dengan menggunakan senjata api.
Pertengkaran bermula apabila Tao dalam keadaan marah akibat perbalahan sebelumnya, pergi ke gerai buah durian berkenaan yang terletak di Kampung Fueangfa, daerah kecil Phraeksa.
Dia bersemuka dengan saudara perempuan pemilik gerai kerana merenungnya.
Suspek kemudian mengeluarkan pistol untuk menakut-nakutkan mangsa dan iparnya.
Wanita berkenaan, Sirin Thip, 36, berkata, keluarganya pada mulanya ingin tahu tentang kekecohan yang berlaku di gerai menjual durian di hadapan kedai mereka tetapi tidak menyangka ia membawa kepada situasi yang mengancam itu.
Seorang peniaga berdekatan yang menyaksikan konfrontasi itu bertindak campur tangan, menyebabkan Tao dan rakannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Turut baca :
Leave a Reply