Lebih 40 jet peribadi dijangka tiba ke majlis perkahwinan anak Jokowi

Lebih 40 jet peribadi dijangka tiba di Indonesia bagi menghadiri majlis perkahwinan anak Presiden Jokowi, Kaesang Pangarep.

Bagaimanapun sistem komunikasi udara dijangka kekal stabil, wakil Kesatuan Penerbangan Yani Ajat Hermawan berkata pada Jumaat.

Sekitar 45 jet dijadual tiba pada Ahad sempena majlis perkahwinan itu, lapor Sputnik.

“Kami telah menyediakan tempat yang mencukupi untuk jet-jet peribadi mendarat.

“Tetapi ia tidak bermakna majlis perkahwinan itu akan menjejaskan penerbangan biasa,” kata pengurus Kesatuan Penerbangan itu, dipetik akhbar Kompas.

Senarai nama tetamu juga tidak didedahkan kerana pihaknya hanya memperoleh nombor pendaftaran jet berkenaan.

Pangarep adalah anak bongsu Presiden Indonesia Joko Widodo dan akan melangsungkan perkahwinannya pada Ahad di wilayah Boyolali di bahagian timur Jawa Tengah.

Lebih 40 jet peribadi dijangka tiba ke majlis perkahwinan anak Jokowi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*