Larian ‘songsang’ di Kota Tinggi, ‘atok’ antara 3 lelaki ditahan

Dua lelaki warga asing serta seorang lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kelakuan tidak senonoh dan lucah semasa berlangsungnya sebuah program larian antarabangsa, di sebuah hotel dekat Bandar Penawar, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mereka yang berusia 39 hingga 79 tahun itu ditahan sepasukan polis dari
Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi pukul 10 malam tadi, di sebuah hotel dalam daerah ini.

Katanya, pihak polis turut merampas pakaian serta aksesori yang dipercayai dipakai semasa larian tersebut iaitu sepasang sari berwarna merah dan skirt merah, tiga keping kadbod serta sebatang tombak tiruan berwarna perak.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek negatif sebarang jenis dadah dan semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal polis mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga tangkapan adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian dianjurkan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis dan menggugat ketenteraman awam.

Jelasnya, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat mengenai kejadian jenayah ke talian hotline Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau talian bilik gerakan 07-8831221.

Turut baca ;

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*