Langgar syarat duti kastam, 15 kereta termasuk Ferrari GTB 599 Fiorano dirampas

Ferrari GTB 599 Fiorano

Sebanyak 15 kereta pelbagai jenama termasuk Ferrari GTB 599 Fiorano dianggar RM2.8 juta termasuk cukai dirampas kastam Labuan, dalam operasi pada 23 Okt hingga 15 Nov.

Antara kereta dirampas Mercedes-Benz GLA250, beberapa model Toyota, selain Subaru Impreza dan Nissan Grand Livina.

Pengarah Kastam Labuan Aspalila Awang Tuah, berkata kenderaan dirampas itu didapati melanggar syarat di bawah Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017, yang menghadkan kenderaan berdaftar bebas cukai berada di luar Labuan tidak melebihi 90 hari dalam setahun.

“Kejayaan operasi ini mencerminkan kerja berpasukan antara kastam Labuan dan Sabah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya menurut Bernama pada sidang media, di Labuan.

Beliau berkata, hasil operasi terbaharu itu menjadikan 67 kenderaan disita kastam Labuan tahun ini, yang dianggar bernilai RM7.6 juta termasuk cukai.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*