Seorang ahli silap mata dari Malaysia menempa nama dalam Guinness World Records selepas melakukan 17 aksi ilusi dalam tempoh tiga minit, lapor agensi berita United Press International .
Avery Chin, berjaya mencatatkan rekod dunia itu sebagai aksi silap mata paling banyak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Gelaran itu sekali gus mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh seorang ahli silap mata dari India, Alwin pada 2023.
“Saya sentiasa mahu menggunakan kemahiran silap mata untuk mencipta rekod dunia. Saya membuktikan bahawa saya amat menyukai silap mata dan meningkatkannya ke tahap tertinggi dengan rekod itu,” kata Chin.
Semasa percubaannya, Chin menggunakan beberapa helah termasuk membuat objek hilang dan muncul semula serta banyak lagi.
Turut baca :
Leave a Reply