Kejadian tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.
Tinjauan di lokasi mendapati kawasan mendapan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan menggunakan penghadang jalan dan garisan kuning.
Kejadian tanah mendap dipercayai berlaku pada 2.30 pagi ini berhampiran Pondok Polis Masjid India ekoran hujan lebat dan ribut, malam tadi.
Utusan Malaysia mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut mengenai kejadian ini.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India iaitu Vijayaletchumy, 48, hari ini memasuki hari keenam.
Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK.
Turut baca :
Leave a Reply