Krisis makanan ancam 323 juta penduduk dunia

Krisis makanan ancam 323 juta penduduk dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyeru Kumpulan Tujuh (G7) dan Kumpulan 20 (G20) berganding bahu mengatasi krisis makanan yang mengancam rakyat di negara-negara membangun, lapor saluran berita Liputan6 semalam.

Jokowi berkata, krisis makanan berpotensi menyebabkan penduduk dunia terjerumus ke dalam kancah kebuluran dan kemiskinan melampau.

Perkara itu disampaikan oleh Jokowi semasa menghadiri sesi kedua Sidang Kemuncak G7 mengenai topik keselamatan makanan dan kesaksamaan gender yang berlangsung di Elmau, Jerman kelmarin.

“Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), 323 juta orang tahun ini berisiko menghadapi kekurangan makanan.

“Lantaran, G7 dan G20 mempunyai tanggungjawab besar untuk mengatasi krisis ini,” katanya.

Kata Jokowi, keselamatan dan akses kepada makanan adalah isu hak asasi paling asas.

“Kita perlu bertindak segera dalam mencari jalan penyelesaian yang konkrit.

“Pengeluaran makanan perlu dipertingkatkan. Rantaian bekalan makanan dan baja global mesti kembali normal,” kata Jokowi.

Dalam ucapannya, Presiden Indonesia itu turut menekankan berhubung kepentingan soko­ngan negara-negara maju G7 untuk mengembalikan semula eksport gandum Ukraine serta komo­diti makanan dan baja Russia ke dalam rangkaian bekalan di seluruh dunia.

Beliau mengemukakan dua jalan penyelesaian kepada krisis makanan yang melanda dunia pada masa ini termasuk eksport bijirin Ukraine disambung semula serta-merta dan usaha menerangkan kepada masyarakat bahawa komoditi makanan dan baja dari Rusia tidak boleh dikenakan sekatan.

Krisis makanan ancam 323 juta penduduk dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*