KPDN ujudkan stesen minyak tanpa subsidi di pekan sempadan Perlis, rasmi 15 Feb ini

Mulai awal bulan ini tiada lagi kenderaan asing di sempadan Perlis ‘bermaharajalela’ di sekitar negeri itu semata-mata untuk memenuhkan tangki kenderaan mereka.

Ini apabila kerajaan mewujudkan stesen minyak tanpa subsidi di pekan di kawasan sempadan negeri tersebut bermula 1 Februari lalu apabila semua kenderaan Thailand hanya boleh mengisi minyak di dua stesen terpilih sahaja.

Dengan adanya stesen-stesen minyak ini, semua kenderaan berpendaftaran asing hanya boleh mengisi minyak tanpa subdisi di premis tersebut yang masing-masing terletak di Wang Kelian dan Padang Besar.

Harga tanpa subsidi bagi diesel adalah RM3.70 berbanding harga subsidi RM2.15 manakala RON95 berharga bermula RM3 berdasarkan harga pasaran semasa dan RON97 mengikut harga apungan semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijadual merasmikan stesen minyak tanpa subsidi itu di Perlis pada 15 Februari ini.

“Tahniah YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri KPDN atas inisiatif mengujudkan stesen minyak tanpa subsidi di pekan sempadan,” katanya seorang pengguna media sosial Desa HM di Facebook.

“Kebaikan pada rakyat adalah berkurangnya kenderaan Siam yang berkelewaq (berlegar) dalam negeri Perlis bagi mereka ‘beroperasi’ untuk pengisian minyak di banyak stesen bagi memenuhkan tangki, sedangkan had yang dibenarkan hanya 20 liter.”

Beliau berkata sekarang jalan-jalan di utara Perlis semakin lengang dari kehadiran lori pick up Thailand yang sebelum ini bermaharajalela.

Jelasnya keselamatan rakyat kini lebih terjaga di samping pengawalan keluar minyak bersubsidi ke negara jiran dapat dibendung sepenuhnya.

“Rakyat selamat, negara pun selamat… Itulah yang cuba kami bawakan sebagai tawaran kpd rakyat sewaktu kempen PRU15 lalu namun ditolak mentah-mentah oleh sebahagian rakyat atas alasan PH ni kominis (komunis), PH yahudi, LGBT dan berbagai lagi tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

“Selain taburan ‘RM’ bagaikan daun getah berguguran di musim kemarau menyebabkan kami terpaksa akur,” ujar Desa HM yang juga merupakan pengusaha ladang harumanis.

Bagaimanapun, katanya syukur kepada Tuhan kerana diizinkan kerajaan perpaduan memerintah negara ini dan dapat melaksanakan program tersebut.

Pegawai penguat kuasa KPDN Perlis mengedarkan risalah mengenai advokasi larangan jualan petrol dan diesel bersubsidi kepada kenderaan asing

Terdahulu laporan menyebut KPDN memulakan peraturan baharu bermula Januari bagi penjualan bahan bakar tanpa subsidi melibatkan RON95 dan diesel bagi kenderaan asing.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof dipetik sebagai berkata peraturan baharu itu sebagai projek rintis kepada negeri Perlis yang dinamakan ‘Ekonomi Sempadan – Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi.

Penguatkuasaan sepenuhnya larangan penjualan petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada semua kenderaan berpendaftaran asing di seluruh Perlis berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

Larangan itu adalah rentetan isu kenderaan asing yang kerap berulang-alik mengisi minyak di stesen minyak sebelum cuba menyeludupnya ke negara jiran.

Projek rintis itu antara lainnya membenarkan pembelian bahan bakar tanpa subsidi itu oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing yang masuk melalui pintu sempadan negeri ini.

Harga bahan bakar tanpa subsidi (RON95 dan diesel) masih lagi murah berbanding yang dijual di negara jiran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*