Seorang lelaki berkongsi tentang rakannya yang terpaksa belanja rakan-rakan pejabat makan selepas menerima tawaran kenaikan pangkat. Tulisnya di Facebook, kisah ini berlaku pada tahun 2023 di mana ketika itu rakannya baru dinaikkan pangkat.
Katanya, seperti sudah menjadi kebiasaan di pejabat itu jika sesiapa yang dapat kenaikan pangkat akan ‘diminta’ untuk bawa rakan lain makan di restoran.
Seperti biasa, kawan-kawan rapat akan ‘pester’ untuk belanja makan di restoran. Akhirnya, beliau ‘terpaksa’ akur membawa 6 orang rakan rapat ke restoran steak yang famous.
Difahamkan, mereka semua adalah penjawat awam dan pada waktu kejadian tersebut berlaku rakannya baru dinaikkan pangkat dari Gred 54 kepada Jusa C dan dia merupakan individu terawal yang dapat kenaikan pangkat.
Apabila menu sampai beberapa orang dari mereka bukan memilih jenis steak tetapi memiliih mana dish terpaling mahal. Tanpa malu mereka order steak Wagyu berharga RM600 kerana ada orang lain bayarkan.
Sementara itu, dua orang rakan lain yang berasa malu hanya memesan steak berharga RM60 sahaja. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila selesai makan dan dia perlu membayar bil sebanyak RM3000
Kena ‘sembelih’ dengan rakan-rakan beliau.
Ceritanya lagi, bajet rakannya pada waktu itu hanyalah setakat RM200 hingga RM300 sahaja. Selepas terpaksa membayar jumlah itu, rakannya mengadu mengapa mereka yang lain sanggup buat begitu.
Moral of the story. Berakhlak dan beradablah. Berpada-padalah order bila ada kawan nak belanja kita. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati beliau.
Baca juga :
Leave a Reply