Pelumba trek Jepun, Shinji Nakano, terpaksa mengehadkan komen dalam akaun Instagram miliknya selepas dihujani kecaman daripada warganet Malaysia, susulan pelanggaran dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, dalam acara akhir keirin lelaki, pada Olimpik Paris.
Semakan dalam akaun Instagram itu mendapati komen dalam hantaran telah dihadkan, dengan komen dibuat rakyat Malaysia yang mencemuhnya sempat dibuat dalam pelbagai hantaran Nakano sebelum ini.
Kebanyakan pengguna menuduh pelumba basikal itu memaparkan semangat kesukanan rendah dan tidak profesional, manakala ramai juga mengecamnya.
Patutlah Jepun sering dilanda gempa bumi, kata seorang pengguna, manakala ada yang memberi ‘amaran’, Jangan sampai Malaysia menjajah Jepun sebagai balasan.
Bagaimanapun, timbul permohonan maaf akibat pelanggaran itu dalam akaun TikTok memaparkan nama Nakano, namun tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Hantaran terakhir di Instagram dibuatnya pada 1 Ogos.
Awal hari ini, Shah Firdaus menasihatkan rakyat Malaysia menjaga nama baik negara, selepas warganet membanjiri akaun media sosial Nakano dengan kritikan atas pelanggaran semasa aksi akhir keirin.
Katanya, atlet negara sentiasa berusaha menjaga nama baik Malaysia di peringkat global, justeru beliau berharap peminat sukan akan melakukan perkara sama dalam talian.
Turut baca :
Leave a Reply