Konon nak keluar pergi ‘tabligh’ 3 hari… Suami lafaz cerai talak 3 selepas kantoi curang

Dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya, tipulah kalau nak kata sentiasa saja bahagia betul tak?

Pertelingkahan pasti akan berlaku juga, namun itu bukan tiket untuk anda ‘mencari’ yang baru. Adalah lebih baik jika anda dan pasangan berkomunikasi untuk selesaikan masalah yang berlaku.

Konon nak keluar pergi 'tabligh' 3 hari...  Suami lafaz cerai talak 3 selepas kantoi curang

Namun, zaman sekarang banyak kes curang kita boleh lihat berlaku tidak kira lelaki mahupun wanita.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang isteri meluahkan rasa kecewanya terhadap suami yang berlaku curang.

Cakap nak fokus beribadah, tapi ke ‘jalan’ yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya selepas mendapat tahu tentang kecurangan suaminya.

Difahamkan, pada awalnya si suami ada meminta izin untuk menyertai ‘tabligh’ selama tiga hari, kononnya diajak rakan dan mahu memperbaiki diri.

Namun, si isteri seperti merasakan sesuatu sehingga segala kebohongan suaminya terbongkar. Suaminya dilihat ketika itu sedang keluar bersama seorang wanita lain.

Menurut wanita berkenaan, dia telah berkahwin sepanjang dua tahun dan mendakwa telah dicurangi sebanyak enam kali.

Lafaz cerai talak 3 selepas kantoi

Apa yang lebih mengejutkan wanita itu, selepas terbongkar kecurangan suaminya, lelaki berkenaan bertindak dengan menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, selepas wanita itu bertanya kembali adakah dia betul menceraikannya dengan talak tiga, lelaki itu kemudian bertukar untuk menceraikannya dengan talak satu pula.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*