“Konon boleh untung dalam masa 3 jam… Wanita ‘gigit jari’, rugi lebih RM100 ribu diperdaya iklan pelaburan

Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM117,375 selepas diperdaya dalam satu skim Pelaburan ASNB Investment Malaysia.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu pada tengah hari semalam.

“Mangsa berusia 57 tahun dan merupakan bekas pekerja sebuah kilang di Cheras telah melayari laman sesawang menerusi aplikasi Telegram dan telah terlihat satu iklan pelaburan atas nama Pelaburan ASNB Investment Malaysia.

“Mangsa telah diterangkan oleh suspek berkaitan pelaburan itu yang menawarkan keuntungan lumayan sebanyak RM75,000 dengan hanya bermodalkan sebanyak RM1,500,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Nasir, suspek turut menjelaskan kepada mangsa bahawa dia akan memperolehi keuntungan dalam tempoh masa tiga hingga enam jam sahaja.

“Selepas mendengar penerangan daripada suspek, mangsa telah berminat dan membuat pelaburan dengan menekan satu pautan yang diberikan kepadanya antara 16 hingga 22 Julai lalu,” katanya.

Menurut Mohamad Nasir, mangsa telah melakukan pindahan wang ke dalam sembilan akaun bank berbeza dengan sembilan transaksi melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM117,375.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas membuat pembayaran, mangsa tidak mendapat pulangan serta keuntungan seperti mana yang telah dijanjikan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*