Komplot dokumen palsu bernilai RM1. 1 juta, seorang lagi pengarah syarikat dicekup

Komplot dokumen palsu membabitkan permohonan kuota 600 pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai RM1. 1 juta terus terbongkar apabila seorang lagi pengarah syarikat direman hari ini.

Suspek wanita berusia 40an itu dikenakan perintah reman selama lima hari yang dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Sumber memaklumkan, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, siasatan mendapati suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun lalu dengan mengemukakan dua permohonan kuota seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.

“Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM 1.1 juta,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang pengarah syarikat berkaitan pembekalan tenaga manusia direman enam hari berkaitan kes sama.

Perintah reman terhadap suspek lelaki warga Bangladesh berusia 47 tahun dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*