Bekas ketua pemuda Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menasihatkan anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) supaya berhati-hati ketika berdebat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, Anwar berbeza dengan perdana-perdana menteri sebelum ini yang menunjukkan penampilan “seperti negarawan” walaupun ketika diprovokasi dalam parlimen.
“Tetapi PMX dia antara perdana menteri yang suka provokasi balik, kerana latar belakang pejuang jalanannya,” katanya dalam rancangan bual bicaranya di Youtube.
Khairy merujuk kepada perang mulut di parlimen setelah Radzi Jidin (PN-Putrajaya) tidak puas hati dengan tuduhan Anwar terhadapnya.
- Turut baca : Waspada! Dunia bakal diancam penyakit X, boleh ragut jutaan nyawa berbanding Covid-19
Leave a Reply