Kisah ‘sedih’ banduan dadah menunggu hukuman mati di Arab Saudi

Gambar sekadar hiasan

Dua banduan warga Mesir yang ditahan di penjara di utara Arab Saudi, hanya menunggu masa untuk menjalani hukuman mati akibat kesalahan menyeludup dadah.

Melalui panggilan telefon bersama AFP, banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammed, 40, mengakui tidak tahu bila hukuman mati akan dilakukan terhadapnya.

Dia yang ditahan pihak berkuasa pada 2015 kini menjalani hukuman di sebuah penjara di Tabuk, terletak berhampiran Jordan.

“Kami tidak tahu giliran siapa. Mungkin saya atau rakan terdekat.

“Kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang atau bahkan membuat persiapan dalam aspek psikologi,” katanya dalam tangisan ketika dihubungi.

Mohammed yang mengendalikan sebuah hotel di Riyadh ditahan selepas menerima penghantaran perabot yang mengandungi dadah yang disembunyikan.

Hukuman mati terhadap dua warga Mesir itu termasuk Mohammed dilakukan selepas Arab Saudi menamatkan moratorium hukuman mati bagi perbuatan jenayah terbabit, kira-kira dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat AFP, Arab Saudi melaksanakan hukuman mati kepada 28 penjenayah dadah sejak Mei lalu, meningkat dengan ketara berbanding hanya dua pesalah, tahun lalu.

Antara pesalah dadah yang dijatuhkan hukuman mati sebelum ini ialah dua warga Mesir Walid Farouk dan Youssef Kleib, selepas didapati bersalah kerana menyeludup ganja dan amfetamin.

Pelaksanakan hukuman mati itu mencetuskan bantahan daripada kumpulan hak asasi manusia.

Menurut banduan, lebih 50 defendan dijatuhkan hukuman mati di Tabuk kerana penyeludupan dadah.

Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 170 orang tahun lalu, sekaligus lebih tinggi daripada negara lain selain China dan Iran. Walaupun laporan media tidak menyatakan cara hukuman mati dilakukan, Arab Saudi terkenal dengan kaedah pembunuhan dengan cara memenggal kepala.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*