Pengakuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa dirinya yang memulakan Langkah Sheraton bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) lebih dua tahun lalu disifatkan bukan perkara mengejutkan.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, tindakan dibuat Abdul Hadi itu kerana terdesak untuk memastikan parti berkenaan kekal berkuasa.
Tambahnya, sekiranya bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat masih ada, perkara sedemikian pasti tidak akan berlaku.
“Abdul Hadi jauh berbeza daripada Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. (Jika) Tok Guru (masih ada), beliau tidak akan bersetuju dengan Langkah Sheraton ini kerana beliau menghormati mandat rakyat.
“(Tetapi) Abdul Hadi sangat terdesak bagi memastikan Pas kekal berkuasa. Dengan membiarkan PH terus berkuasa adalah menjadi kesukaran buat mereka (Pas) kerana populariti PH akan menyukarkan parti itu mengekalkan sokongan ahli dan penyokong mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Rundingan PH di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Ahad.
Turut baca :
Leave a Reply