Ketua kampung jelita curi perhatian netizen

Ketua kampung jelita curi perhatian netizen. Seorang ketua kampung di bandar Malang, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian netizen Indonesia kerana memiliki rupa paras jelita di samping usia yang dianggap muda untuk memegang jawatan tersebut, lapor laman berita Sindonews semalam.

Rendyta Witrayani Setyawan, 27, dilaporkan sudah enam tahun mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada penduduk Kampung Senggreng.

Wanita itu berkata, dia terpilih menjadi anggota jawatankuasa kampung seawal usia 21 tahun sebelum bertanding dalam proses pemilihan ketua kampung bagi tahun 2022.

Rendyta merupakan satu-satunya calon ketua kampung wanita daripada 11 calon yang bertanding. Selepas menjalani proses saringan, dia berjaya ke peringkat akhir bersama dua calon lain.

Kini, gadis itu berkhidmat sebagai ketua kampung dan mengabdikan ilmu serta dirinya untuk masyarakat Kampung Senggreng.

“Saya memang ingin mengabdikan waktu dan tenaga untuk Kampung Senggreng termasuk memberikan sepenuh tenaga, fikiran dan waktu untuk kampung kelahiran saya ini,” ujarnya.

Tambah Rendyta, dia enggan hanya dipandang sebagai seorang wanita yang cantik secara fizikal, bahkan apa lebih penting adalah dia berkhidmat kepada penduduk kampungnya secara maksimum.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*