Ketua Genagster All Brothers ‘menangis’ sebelum dibebaskan polis

Ketua Genagster All Brothers ‘menangis’ sebelum dibebaskan polis.

Sekumpulan remaja di Jawa Barat yang menggelarkan diri mereka All Brothers Bogor sujud memohon maaf kepada orang tua masing-masing sebelum dilepaskan pulang oleh polis, lapor laman berita Detik News semalam.

Ketua Genagster All Brothers 'menangis' sebelum dibebaskan polis
Ketua Genagster All Brothers menangis semasa memohon maaf kepada bapanya sebelum dibebaskan polis.

Kumpulan samseng itu ditahan polis ketika berkonvoi di kawasan Ciampea, Kabupaten Bogor dengan membawa senjata tajam iaitu sabit.

Ketua Polis Bogor, Asisten Komisioner Besar Iman Imanuddin berkata, geng All Brothers itu ditangkap polis yang melakukan rondaan di Simpang Cinangneng sebelum ditahan dan disoal siasat.

Turut baca

“Kebetulan ketika pihak kami membuat pemeriksaan ke atas mereka, ada seorang yang membawa senjata tajam dengan sabit kecil, jadi semua anggota ditahan,” kata Iman.

Sebelum dibebaskan, remaja terbabit diminta berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mereka dan memohon maaf kepada ibu bapa masing-masing.

Salah seorang remaja yang dianggap ketua All Brothers itu tidak dapat menahan sebak semasa bersujud meminta maaf sambil memegang kaki ayahnya.

“Hampura (maaf),” kata remaja itu.

Permintaan maaf si anak disambut oleh si ayah. Dia mengusap belakang kanak-kanak itu sambil memberitahu agar tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Geus, teu deui-deui (sudah, jangan diulangi lagi),” katanya.

Menurut Iman, mereka menubuhkan kumpulan All Brothers sejak setahun lalu dan sering berkeliaran di kawasan setempat bagi mencari musuh daripada kumpulan lain untuk bergaduh.

“Motifnya adalah untuk menunjukkan siapa paling berkuasa di kampung itu,” ujar Iman.

Iman kemudian meminta gengster ‘All Brothers’ itu dibubarkan dengan serta merta.

Kumpulan remaja bawah umur itu diserahkan semula kepada ibu bapa mereka selepas diberi bimbingan polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*