Keterlanjuran Khalid : AMANAH tidak malu memohon maaf kepada UMNO – Salahuddin

AMANAH memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpinnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berharap isu terbabit dapat diselesaikan dan beliau sendiri sudah berjumpa dengan Presiden UMNO serta timbalannya.

“Sempena Aidilfitri ini, saya bagi pihak AMANAH memohon maaf atas kenyataan yang baru-baru ini dikeluarkan Pengarah Komunikasi (Khalid Samad), sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO, maka kami minta maaf.

“Sebarang keterlanjuran itu, biasalah bagi orang politik, kadang-kadang kita terlanjur dan tidak ada malu untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*