“Kesian anak dalam kandungan…” Wanita hamil dua bulan direman minta suapan RM18,000 anjur konsert Search

“Kesian anak dalam kandungan…” Wanita hamil dua bulan direman minta suapan RM18,000 anjur konsert Search.

Seorang penolong pengurus sebuah agensi kerajaan direman empat hari selepas dipercayai meminta komisyen berjumlah RM18,000 daripada pengarah syarikat bagi penganjuran konsert Konsert Double 2 Search x Barbarik, Ogos tahun lepas.

Perintah reman selama empat hari sehingga 12 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek berusia 37 tahun.

Suspek yang hamil dua bulan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, wanita itu ditahan pada pukul 4 petang  selepas hadir ke pejabat SPRM dekat sini untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek selaku urus setia dana dipercayai telah membantu pengarah syarikat tersebut mendapatkan kelulusan geran konsert di bawah agensi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berjumlah RM300,000.

“Sebagai balasan, suspek dipercayai meminta komisen sebanyak 10 hingga 20 peratus berjumlah RM18,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*