Kes siasatan pukul OKU ‘on the way’ siap. Kertas siasatan kes lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai di sini minggu lalu hampir siap dilengkapkan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, hanya laporan perubatan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.
“Sebelum ini, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Selepas penelitian serta semakan keterangan, Pejabat Pendakwa Raya telah mengarahkan untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa dari hospital ,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, dilaporkan mangsa dipukul dan disepak oleh beberapa individu di Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai pada pukul 9.30 pagi, 17 Januari lalu berpunca rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi Ahmad Nor Al Faizan dikatakan terlanggar sebuah gerai di pasar pagi terbabit.
Baca juga :
Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000
Leave a Reply