“Kes settle…” 9 kanak-kanak pakai baju merah sedondon sudah datang minta maaf.
Sembilan kanak-kanak yang didakwa datang beraya sambil mencuri di sebuah rumah di Bukit Changgang, Kuala Langat sudah tampil memohon maaf.
Menerusi satu perkongsian oleh pemilik rumah yang dikenali sebagai Norfatin Mat Tahia di laman Facebook, kesemua kanak-kanak itu datang ditemani ibu mereka.
Jelas Norfatin, mereka juga memohon agar entri berhuhung kejadian tersebut dipadamkan dan meminta kes tersebut diselesaikan secara baik.
Turut baca
- “Tidak berada dalam keadaan waras…” Warga emas tikam kekasih 70 kali
- “Come on lah! Saya tak main benda tu…” – Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- “Tidak dapat bendung perasaan lagi…” 25 tahun tak jumpa ibu, anak hanya mampu tatap jenazah
“Benda ini pun dah nak selesai, tak mahu perbesarkan lagi, budak-budak ini pun ada yang nak ambil peperiksaan SPM, PT3. Saya buat live ini pun nak perbetulkan isu semalam.
“Selepas isu tular mereka tidak boleh keluar rumah, pemilik rumah juga arahkan mereka keluar dari rumah sewa,”katanya di laman Facebook.
Norfatin berkata, dia juga mengambil inisiatif untuk menghantar sendiri kanak-kanak tersebut ke rumah mereka selepas datang minta maaf di rumahnya.
“Saya datang ke sini (rumah kanak-kanak berkenaan) bukan untuk minta duit pun.
“Saya datang untuk membetulkan keadaan dan akan kongsi gambar mereka datang minta maaf kemudian baru saya boleh padamkan post (entri) asal,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kehadiran sekumpulan kanak-kanak ke sebuah rumah kononnya untuk beraya menjadi igauan ngeri sebuah keluarga apabila sampul berisi duit raya milk mereka lesap.
Lebih menyedihkan, penghuni rumah terbabit hanya menemui sampul yang sudah tidak ‘berisi’ di dalam sebuah bilik air selepas kesemua ‘tetamu’ itu pulang.
Tragedi itu berlaku ke atas sebuah keluarga yang tinggal di Bukit Changgang Kuala Langat, semalam.
Leave a Reply