Kes gaduh di Tampoi: Dua lagi ditahan polis

Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan tangkapan 14 orang setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan Tampoi di Johor Bahru, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata mereka yang ditahan adalah warga tempatan membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.

“Permohonan reman dua lagi individu yang ditahan akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru.

Beliau berkata siasatan polis adalah telus tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 365 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di media sosial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*