Kes curi RM300,000 di Bukit Jalil, dua polis berpangkat Inspektor, Koperal ditahan

SEORANG pegawai dan anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi membabitkan kerugian RM300,000 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek yang berpangkat Inspektor dan Koperal, masing-masing berusia 44 dan 34 tahun ditahan pada Sabtu.

“Polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan yang diterima berhubung kes curi membabitkan kerugian RM300,000.

“Dua anggota dan pegawai polis itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-duanya sudah ditahan reman sehari bermula Ahad sehingga Isnin, untuk siasatan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan. Polis memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Baca juga :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*