Kes culik ejen kosmetik, polis tahan suami bantu siasatan

Kes culik ejen kosmetik, polis tahan suami bantu siasatan.  Kes penculikan membabitkan ejen kosmetik Selasa lalu, polis memaklumkan ada kaitan dengan aktiviti penyuludupan dadah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, perselisihan faham antara ahli sindiket dipercayai menjadi punca utama ejen kosmetik terbabit dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Kelantan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.”

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” – Muhammad Zaki.

Susulan itu, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*