Melihat kes amang seksual melibatkan ustaz dan pendakwah yang makin membimbangkan di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad titip empat nasihat buat golongan itu.
Demikian bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral hingga menyebabkan tidak dipercayai masyarakat.
Antara nasihat utama yang perlu direnungkan oleh golongan ini adalah seperti berikut:
1. Mengamalkan setiap dakwah yang sudah disampaikan kepada masyarakat.
2. Sering muhasabah diri khususnya mengenai apa yang dicakap (dakwah).
3. Seorang pendakwah atau ustaz juga perlu menyedari risiko menjadi seorang individu yang mempunyai pengaruh kepada golongan masyarakat.
4. Jaga tingkah laku kerana tindakan buruk yang dilakukan pastinya akan memberi kesan negatif kepada semua pendakwah serta ustaz di negara ini.
Disebabkan sebilangan yang bermasalah, jangan tak tahu mereka yang tak terlibat juga akan kena tempiasnya, ibarata peribahasa, ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’.
Mengulas lanjut kontroversi berkenaan, Idris berkata penahanan dua orang pendakwah selebriti dalam tempoh terdekat ini amat malang kerana ia sepatutnya tidak berlaku, malah begitu dimurkai Allah.
“Ia adalah soal hati, kita lihat seseorang itu baik tetapi hati kita tidak tahu. Kita sudah lihat kelayakan mereka tetapi kita lihat secara luaran sahaja, kita tidak tahu hati mereka.
“Bila jadi kes sebegini, kita akan tahu dan amik tindakan dan mereka ini tidak boleh lagi dibenarkan,”
Leave a Reply