Kerja gila! Suami isteri buat dan jual video lucah bersama anak 10 tahun ditahan polis

SEPASANG suami isteri ditahan polis kerana didakwa menghasilkan dan menjual video lucah mereka dan anak lelaki yang berusia 10 tahun secara dalam talian.

Ia susulan penemuan video lucah kanak-kanak itu di laman web dan dalam satu grup sembang sebelum polis menjalankan siasatan lanjut.

Video tersebut dilaporkan menunjukkan pasangan itu melakukan aktiviti seksual bersama anak lelaki mereka yang masih kecil.

Penahanan suami isteri itu dibuat di wilayah utara Phetchabun di Thailand, pada Ahad.

Siasatan lanjut mendapati suami isteri berusia 43 dan 35 tahun itu tinggal di sebuah rumah di wilayah Phetchabun bersama anak lelaki mereka berusia 10 tahun, yang dipaparkan dalam video tersebut.

Polis kemudian mengeluarkan waran tangkap untuk pasangan itu dan menahan suspek di kediaman mereka.

Kes tersebut masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, suami isteri berdepan dengan pendakwaan mengikut Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Penindasan Pemerdagangan Manusia: mengendalikan pemerdagangan manusia.

Hukuman ialah penjara enam bulan hingga empat tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Ini termasuk Seksyen 287/1 Undang-undang Jenayah: pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak. Hukuman ialah penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, mereka juga akan didakwa di bawah Seksyen 26 Akta Perlindungan Kanak-kanak: memaksa, mengancam, mendorong, menggalakkan, atau membenarkan kanak-kanak berkelakuan tidak wajar. Hukumannya adalah penjara sehingga tiga bulan, denda, atau kedua-duanya sekali.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*