“Kerap dengar bunyi bising…” Suami dibunuh isteri ditemui terikat serta kesan tikaman, pukulan

Susulan seorang suami dilaporkan meninggal dunia di kediaman keluarga dipercayai dipukul isterinya di tingkat 3, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya, Johor Bahru.

Mangsa berusia 44 tahun itu dipercayai dipukul isterinya hingga menyebabkan kematian kerana terdapat kesan ikatan di kaki, pukul serta tikaman di tubuh lelaki berkenaan

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditemukan adalah dadah jenis syabu dan peralatan penagihan di rumah mangsa itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif utama kes pembunuhan berkenaan.

“Terdapat kesan pukulan dan tikaman pada mayat mangsa yang ditemui di dalam rumah. Isteri mangsa berusia 35 tahun sudah ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, anak mangsa yang berada di rumah pada ketika itu juga menjadi saksi utama kejadian berkenaan.

“Polis masih siasat motif kejadian termasuk sama ada suspek menggunakan senjata.

“Isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut memohon perintah reman,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Seri, 25, berkata, sejak dua bulan lalu dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman mangsa.

Dia berkata, bagaimanapun dia kurang pasti sama ada keluarga berkenaan berdepan masalah tertentu.

“Mungkin mereka berselisih faham hingga terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.

“Namun kami tidak sangka ia berakhir dengan tragedi. Difahamkan pasangan itu memiliki dua anak berusia dua dan 11 tahun,” katanya ketika ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*